Tuesday, 5 March 2013

ASPIRASI SISTEM PPPM BERMULA 2013


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia, 

Para Pendidik yang dimuliakan.


Keberhasilan pembelajaran murid (student learning outcomes) merupakan tumpuan utama dalam rancangan pembangunan pendidikan negara Malaysia. Manakala kualiti guru pula penentu kualiti murid dan sebaliknya penentu kualiti pendidikan negara kita. 

Seiring dengan Aspirasi Sistem, guru -guru perlulah meningkatkan  kualiti dan kecekapan  dalam penyampaian ilmu dan kemahiran kepada anak-anak didik. Adalah menjadi hasrat utama PPSMNS untuk melihat kualiti guru-guru Sains dan Matematik  sentiasa diperbaharui  dan terkini supaya anak-anak didik memperoleh pengetahuan, kemahiran berfikir  aras  tinggi dan kemahiran memimpin yang terulung dalam mata pelajaran Sains dan Matematik khasnya.

Justeru itu, PPSMNS telah merangka beberapa inisiatif bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru-guru Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah. Harapanya, guru-guru Sains dan Matematik merebut ruang dan peluang sebagai peserta kursus dan  bengkjel,  atau pembentang dalam  seminar Kajian Tindakan dan  lawatan penanda aras  serta penyumbang idea-idea bernas dalam forum Blog PPSMNS.



Mungkin pencapaian yang kita capai hari ini 
hanya usaha kita sebanyak 80%.

Bagaimana jika kita bekerja 99%??      Bayangkan hasilnya………